BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, July 18, 2009

tasbih...


ALLAH SWT memyukai org yg sentiasa basahi lidahmu dgn zikrulAlllah...
Allah juga meyuruh kita untuk berzikir pd pgi dan ptg....
susah ke??kita nk sebut nama Allah dan bertasbih kpdnya...
igatlah bile kita igat kt Allah setiap masa maka Allah lebih mengingati kita.

selain itu,.kita blh mengisi wktu pagi dan ptg kita dgn mbaca mathurat..ape itu mathurat?????bg yg belum tau..mathurat ialah himpunan doa dan zikir yang nabi Muhammad saw amalkan.dlm mathurat ini mengandungi doa pelindung,..doa dijauhi azab kubur...doa mohon kesihatan tubuh badan..doa blindung drp kekafiran dan kefakiran..doa berlindung dr sikap pengecut, dan bakhil..doa berlindung dr rase sedih dan gelisah dan sedih..serta blindung dr penindasan org..and banyak lagi ...so explore lah buku tu....Allah janjikan keutamaan bg org yg mengamalkannya..aa tunggu lagi..carilah buku tu kt masjid...or lagi senang jika dibeli je kt kedai...harganya just RM 1.80...wah murahnya...jom gi beli..lets go friends

Wednesday, July 1, 2009

nangis itu perlu




salam....nangis itu mmg perlu wujud dalam diri setiap manusia..nangis bukannya bererti aku seorg yg pengecut namun sedih aku blh menjadikan aku lebih dekat dgn ALLAH swt yg esa. kdg kala kita perlu menjadi seorg yg sensitif terutama apabila mendengar kalimat - kalimat suci al quran.,,selain itu sedih aku adalah krn mengenangkan dosa2 yg pernah aku lakukan...sedih aku juga krn aku rase sgt berdosa coz ALLAH sentiasa mendengar doaku dan memperkenankannya...namun aku insan yg lemah ini sentiasa melakukan dosa. dosa yg aku maksudkan ialah sukar utk aku kusyuk dalam solat..apakah ini yg sepatutnya aku bls ???padahal aku sepatutnya menjadi seseorg yg lebih bersyukur..

oleh itu, aku nk share kpd rkn2 tentang kita juga perlu menangis ketika dlm solat, walaupun x blh nangis..maka paksalah untuk nangis juga....cara yg mudah utk nangis adlh kita perlu memahami maksud ayat dlm solat.cthnya bacaan al fatihah, ...pengalaman saya dulu, semasa sy tgk kt youtube..pak2 arab nangis2 semasa membaca al fatihah dlm solat termasuklah tuk iman..tgk camne diorg memahami setiap patah perkataan dalam solatnya...so kesimpulannya...marilah kita mencontohi sikap2 mrk...akhir kata marilah sesama kita belajar memahami maksudnya di dlm buku panduan solat...

Monday, June 29, 2009

perbanyakkan amal di bulan rejab

Bulan rejab adalah bulan yang penuh barakah dan keampunan.banyakkanlah berpuasa disiangnya dan bertahajjud dimalamnya untuk bekalan akhirat.

Rasulullah pernah bersabda bahawa "ketahuilah bulan rejab itu adalah bulan ALLAH SWT"

khafiat berpose di bulan rejab:

  • pose niat ikhlas kerana ALLAH swt, nescaya dia akan memperoleh keredhaan yang besar daripada ALLAH.
  • pose 5 hari dalam bulan rejab .insyaAllah doanya akan dimakbulkan
  • sesiapa berpose pada 27 rejab akan mendapat pahala 5 tahun berpose.
  • Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

Tuesday, June 23, 2009

makbulnya doa hamba ALLAH SWT


SALAM. niat aku menceritakan kisah ini bukanlah untuk membanggakan diri..tpi sekadar ingin menceritakan kemurahan dan kekuasaan ALLAH..kisah ini berlaku semasa aku thn satu di UKM, aku mula menceburkan diri dalam sukan silat..walaupun pada hakikatnya aku seorg yg pelembut, tidak suka gaduh2 nie dan paling penting tiada basic silat..dipendekkan citer...aku dipilih untuk mewakili ukm untuk perlawanan silat di UM, aku amat berdebar krn first time lawan di peringkat yg agak tinggi...pada waktu tersebut, aku banyak bergantung kepada kuasa ALLAH, setiap mlm aku mengerjakan soalt hajat..until game nk bermula pun aku still pray hajat..pahtu aku dapat lagi petua dari senior2 untuk baca ayat qursi selepas solat dan sebelum masuk ke gelanggan aku diminta untuk membaca surah 3 qull...(al falaq, annas..al ikhlas)..aku amat BERSYUKUR kerana dengan izin ALLAH , aku berjaya dalam game tersebut...


ape yang ingin aku simpulkan disini ialah sesungguh nya ALLAh akan memakbulkan setiap doa hambaNya..tambahan lagi, sekiranya kita berdoa di waktu pagi atr kul ( 1 - 5 pagi)


oleh itu, marilah kita same2 mengimarahkan( bgn malam) utk beribadat kepada Allah.

ape yg sy baca dlm buku agama..terdapat pelbagai kebaikan sekiranya kita selalu mengamalkan solat malam..antaranya ialah doa kita akan dimakbulkan, setiap kata2 kita akan mendapat kepercayaan dari pendengar, dan lain2 lagi yang saya ...next time sy akan citerkan lagi pasal kebaikan amalka ibadat malam....sampai sini sje yg dapat sy share utk kali ini..wassalam

Sunday, June 21, 2009

cara selamat didunia dan di akhirat

kita perlulah menepati rukun ihsan dalam ape jua tindakan kita. sewaktu kita bertindak , berurusniaga dan lain 2, kita perlu bertindak seolah2 kita melihat Allah SWT. dalam ape jua tindakan kita , laksanakan ia dengan berhati2 seolah2 kita sedang diperhatikan . meskipun kita tidak menyedari, kita kena merasakan seolah2 kita masih sedang diperhatikan .apatah lagi yg memerhatikan itu ialah Allah SWT.

maksud ihsan

jibril as bertanya kepada nabi muhammad saw mengenai ihsan . Nabi Muhammad saw menjawab
" hendaklah engkau menyembah Allah seolah -olah engkau melihat-Nya"

doa nabi s a w setiap pagi

nabi muhammad s a w berdoa "segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku walaupun semalam aku mati tetapi aku dikembalikan " doa ini memperingatkan kita bahawa sejak berpagi pagi lah kita sudah ingatkan diri sendiri walaupun kita masih hidup pagi ini tapi kita tidak hidup untuk selama-lamanya. krn akan tibamasanya kita akan mati dan dihidupkan kembali untuk dihisabkan.

tujuan untuk meyakinkan wujud hari kiamat

tujuan untuk meyakinkan tentang kewujudan hari kiamat ialah untuk membetulkan cara hidup kita semasa didunia ini. apabila kita yakin kita akan dihidupkan kembali dengan tidak ada tujuan yang lain selain untuk disoal siasat atas apa yang telah dilakukan semasa kita hidup.

ALLAH akan menjaga kita

rasulullah bersabda " wahai anak, aku akan mengajar beberapa kalimah kepadamu. jagalah Allah nescaya Allah akan menjagamu jagalah Allah nescaya Allah akan mencukupimu. jika engkau meminta maka mintalah kepada Allah, dan jika engkau memohon pertolongan maka pohonlah daripada Allah, dan ketahuilah bahawa sekirannya semua manusia berkumpul untuk manfaat kepadamu ,pasti mereka tidak akan memberikan manfaat sedikitpun selain yang telah Allah telah tuliskan untukmu . jika mereka berkumpul untuk memberi kecelakaan kepadamu selain daripada apa yang telah Allah tuliskan atasmu ,pena telah diangkat dan lembaran telah kering" hadits riwayat Iman Ahmad :2537 dan at-tirmidzi :2440

Adab munajat kehadrat ALLAH SWT


1.MENGHADIRKAN HATI KETIKA BERDOA, serta yakin doa itu itu akan dimakbulkan.

Sabda Rasulullah SAW ertinya:

berdoalah kamu kepada Allah. Dan yakinlah bahawa doamu ltu akan dikabulkanNya. Ketahuilah bahawa Allah tidak akan mengabulkan doa orang yang lalai

2. Memulakan doa dgn membaca AL hamdulillah dan selawat serta menyudahinya dgn selawat

Sabda Rasulullah SAW

Kata Fadhalah bin Abi Ubaid:

Rasulullah SAW suatu ketika mendengar seseorang berdoa, tetapi tanpa mengiringnya dgn selawat padanya.”.” sesungguhnya orang itu tergesa-gesa, ucap Rasulullah SAW. Lalu org tersebut dinasihatibila kamu ingin berdoa, maka mulailah dgn membaca Al Hamdulliah dan memujiNya. Lalu bacalah selawat atas Nabi SAW. Setelah itu berdoalah sesuai dgn kehendakmu

Rasulullah bersabda

Drp umar r.a sesungguhnya rasulullah bersabda:

doa itu akan terhenti diantara langit dan bumi, tidak dapat naik sehingga sampai dibacakan selawat atasku. Kerana itu jgnlah kamujadikan aku sebagai org yg tidak berguna. Bacalah selawat diawal doamu, tengah atau diakhirnya


3. Mengakhiri doa dgn ucapan Amin

Rasulullah SAW bersabda

“ Abu MUsbih al qura’I meriwayatkan dari Abu Zuhairah r.a. pernah kami berjalan bersama Raulullah SAW pada suatu malam, kami berjalan dekat seseorang yang sedang berddoa dgn kusyuk. Rasulullah pun berhenti dan mendengar doa lelaki tersebut. Kemudian baginda bersabdakatakan hendaklah ia menutup doanya dgn sesuatu yg baik utk berharapbagaimana caranya ya baginda ??tanya para sahabat. Rasulullah bersabda lagidengan ucapan Amin.

Kemudia Rasulullah meninggalkan tempat itu. Dan seseorang menghampiri lelaki tersebut, mengkhabarkan pesan dari Rasulullah SAW.

(HR.Abu Daud)

TIPS BERURUSAN DENGAN LELAKI

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...


1.
Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

l3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”


.

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teoridari mata turun ke hatiitu benar-benar bisa berlaku.


Para
sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.

Discussion venue pula
buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi.
Wassalam.